Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulansebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.
Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai isyarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.
Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Pengendali radio amatur juga boleh menggunakan satelit amatur untuk berhubung sesama sendiri. Dengan mengunakan peralatan radio dan antena yang biasa digunakan oleh mereka, mereka sebenarnya mampu untuk mengunakan cara komunikasi seperti ini. Satelik ini dibangunkan dan diseliakan oleh pertubuhan radio amator itu sendiri secara suka rela seperi AMSAT. Dengan menggunakan sistem ini, para pelajar sekolah dan pengendali radio amatur boleh bercakap dan berhubung dengan angkasa yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Cara beroperasi
Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya).
Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS) tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital. Pada 6 Disember 2008 pula, Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) telah membantu Bulan Sabit dan juga pihak hospital di Bukit Antarabangsa, Ampang dalam memberi liputan dan juga bantuan dari segi komunikasi kepada pihak berkuasa yang menjalankan kerja-kerja mencari & menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh.
Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pengulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point. Seakan menggunakan radio FRS seperti Motorola Talkabout. Pengulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali alat komunikasi kita. Pengulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula pancaran ke tempat yang lain pada jarak yang lebih luas.
Pengulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pengulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pengulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARTS, MARES, ASTRA, JASRA dan lain-lain lagi yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal atau seluruh negara
Undang-undang
Lesen radio amatur di negara ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu A dan B. Lesen B merupakan lesen asas yang dikeluarkan kepada calon yang lulus RAE. Lesen B membolehkan operator radio amatur mengendalikan radio pada julat dan kuasa pancaran (watt) yang lebih rendah berbanding pemegang lesen kelas A. Pemegang lesen kelas B akan mendapat callsignyang bermula dengan 9W atau disebut sebagai Nine-Whiskey manakala pemegang lesen kelas A disebut sebagai 9M atauNine-Mike diikuti dengan Call Area "2" - Semenanjung, "6" - Sabah dan "8" - Sarawak' dan tambahan gabungan dua atau tiga aksara bagi mewakili seseorang operator radio amatur. Contoh callsign yang lengkap seperti berikut : 9M2PJU & 9W2WTF (Semenanjung), 9M6TMT & 9W6BOY (Sabah), 9M8DB & 9W8PRO (Sarawak). 'Callsign' tersebut adalah unik bagi setiap pemegangnya dan digunapakai untuk berhubung ke seluruh dunia.
Mereka yang ingin mendapatkan lesen kelas A, perlu terlebih dahulu memiliki lesen kelas B untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum boleh memohon untuk menduduki ujian CW (continous wave) atau Kod Morse. Hanya mereka yang lulus sahaja akan diberikan lesen kelas A dan boleh mengendalikan perkakasan radio berkeupayaan tinggi selain boleh berhubung menggunakan Kod Morse hanya dengan menggunakan bateri berkuasa 9 volt.
Di Malaysia, perkhidmatan radio amatur dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Seseorang yang ingin menjadi mengoperasikan perkakasan radio komunikasi amatur perlu terlebih dahulu menduduki Peperiksaan Radio Amatur atau RAE (Radio Amateur Examination) yang dikelolakan oleh MCMC. Calon yang lulus akan dibenarkan untuk membuat permohonan untuk mengoperasikan perkakasan radio amatur dan diberikan callsign atau tanda pengenalan untuk berkomunikasi. Hanya selepas memperolehi AA atau Apparatus Assignment (penguntukan radas/lesen) dari MCMC, seseorang boleh mula ber"QSO" atau berbual di dalam jaluran.
Setiap negara mempunyai badan yang bertanggungjawab memantau semua aktiviti yang berkaitan dengan radio amatur sebagaimana MCMC untuk Malaysia. Badan ini diiktiraf oleh ITU International Telecommunication Union iaitu badan yang menyelia dan memantau aktiviti berkenaan telekomunikasi pada peringkat antarabangsa. Peruntukan callsign untuk sesuatu negara adalah dibuat di peringkat ITU. Badan khas yang memantau operasi radio amatur di peringkat ITU adalah IARU International Amateur Radio Union.
IARU hanya mengiktiraf satu persatuan radio amatur bagi sesebuah negara. Pada ketika ini di Malaysia, persatuan radio amatur diwakili oleh MARTS yang merupakan persatuan yang mewakili semua operator-operator radio amatur berlesen.
Sumber: Wikipedia, ensiklopedia bebas.
No comments:
Post a Comment